image

38, Jalan Enau

Kangkar Tebrau, JB

8.00 Pagi - 11:00 Mlm

Setiap Hari

Soal & Jawab

Berapakah harga seekor kambing siap proses?q

Harga siap proses bermula dari RM 700.00 hingga RM 1200.00. Harga kambing dan biri-biri hampir sama mengikut saiz dan baka, yang pasti kambing atau biri-biri itu cukup umur dah sifat.

Baka yang manakah yang sesuai untuk menu masakan saya?q

Baka kambing/biri-biri memainkan peranan penting dalam menu masakan anda. Setiap kambing/biri-biri mempunyai rasa yang berbeza bergantung pada bakanya. Pihak anda hendaklah memberitahu pihak kami menu masakan anda sebelum membuat tempahan. (Cnth: Biri-biri seberat 18kg – 20kg sangat sesuai untuk BBQ/kambing golek)

Bilakah masa yang sesuai untuk dibuat tempahan kambing untuk majlis?q

Bila-bila masa tetapi, kami tidak menggalakan penyembelihan kambing atau biri-biri awal kerana bimbang kesegaran daging akan hilang. Kami juga bimbang pihak anda tidak mempunyai tempat yang sesuai suhu untuk menyimpan daging. Sekiranya pihak anda berminat dengan servis catering kami, pihak Osman Goat Farm menggalakan tempahan dibuat seawal 3 hari sebelum majlis tersebut. Kami beroperasi setiap

Dimanakah lokasi Osman Goat Farm?q

Ladang kami terletak berhampiran Taman Daya, Bandar Dato’ Onn dan di belakang SK Kangka Tebrau.

Dimanakah kulit, tanduk, darah dan lain-lain yang tidak digunakan akan dihapuskan?q

Pihak Osman Goat Farm bertanggungjawab untuk menanam segala bahagian yang tidak gunakan.

Adakah pihak tuan mempunyai servis catering dan canopy yang lengkap?q

Ya. Sekiranya anda berminat, sila hubungi 019 756 3000.

Bolehkah pihak Osman Goat Farm membantu dalam proses pengagihan daging kambing mentah/masakan ke pusat-pusat kebajikan atau madrasah?q

Ya. Tiada sebarang cas tambahan akan dikenakan untuk proses pengagihan daging/masakan ke pusat-pusat kebajikan atau madrasah. Kami akan WhatsApp gambar sebagai pengagihan daging dan pihak penerima juga akan menghubungi anda.

Adakah pihak Osman Goat Farm mempunyai servis penghantaran daging ke kawasan selain daripada Johor?q

Ya. Kami akan membungkus daging di dalam kotak polystyrene bersama ais dan daging akan dihantar melalui bas ekspres. Cas tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan untuk kos pembungkusan dan penghantaran.

Berapa kilogram daging yang diperlukan sekiranya majlis saya akan dihadiri 160 orang?q

20 kg. (Anggaran 1 kg dimakan 8 orang).

Sekiranya pihak masjid atau rumah kebajikan berminat dalam pembelian kambing/biri-biri, adakah potongan harga diberikan?q

Ya. Pihak tuan hendaklah menghubungi Tuan Osman di talian 019 756 300.

Bolehkah saya menyembelih kambing/biri-biri sendiri di rumah sembelih Osman Goat Farm?q

Ya. Pihak kami menggalakkan penyembelihan sendiri oleh pelanggan.

Sekiranya saya ingin membuat proses penyembelihan kambing yang saya beli di ladang lain atau milik saya sendiri di rumah sembelih Osman Goat Farm, adakah perkhidmatan ini ditawarkan oleh pihak Osman Goat Farm?q

Ya, cas tambahan sebanyak RM 50.00 bagi seekor kambing akan dikenakan. (Hanya terbuka kepada penyembelihan kambing aqiqah atau majlis kesyukuran)

Siapakah yang layak menerima kambing RM 1.00?q

Kambing RM 1.00 layak diterima oleh semua bayi Islam yang lahir di hospital kerajaan dan swasta pada 12 Rabiul Awal iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Program ini adalah program tahunan kami.

Apakah cara pembayaran yang diterima oleh Osman Goat Farm?q

Kami hanya menerima tunai dan online banking. Bukti pembayaran hendaklah di WhatsApp kan ke nombor 019 756 3000. Pihak kami tidak menerima kredit kad.

Bilakah Osman Goat Farm ditubuhkan?q

November 1990.

Sekiranya saya berminat dalam menceburi dalam bidang penternakan, adakah pihak Osman Goat Farm akan membantu saya?q

Kami akan membantu mereka yang benar-benar serius dalam bidang ini. Kami mempunyai program internship berbayar atau kerja sambil belajar terbuka kepada lelaki sahaja.

Apakah rahsia kebersihan ladang Osman Goat Farm yang tiada bau walaupun ladang terletak di tengah kampung kawasan bandaraya?q

Kami menggunakan Effective Microorganism (EM) Solution, produk Jepun yang mengurangkan bau kambing tanpa merosakkan alam sekitar. EM Solution bertindak cepat dalam menghapuskan bau-bauan yang kuat seperti Ammonia yang dikandungi oleh air kencing kambing. Produk ini telah digunakan di Jepun, Korea dan Indonesia sejak bertahun dahulu. Pihak Osman Goat Farm telah menjalani kursus untuk memastikan pihak