OSMAN GOAT FARM telah memulakan operasinya pada tahun 1990 di Kangkar Tebrau, Johor Bahru. Bermula sebagai hobi di masa lapang, Osman Bin Cheya Kutty telah bermula dengan 2 ekor kambing kampung diternak di tanah belakang kediamannya. Namun gesaan kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian dan penternakan ketika itu telah menimbulkan minat yang mendalam untuk menjadi penternak kambing sepenuh masa.
Pada tahun 1993, dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, beliau telah membawa masuk 5 ekor kambing tenusu dari jenis “British Alpine” dari New Zealand.