![](images/about.jpg)
OSMAN GOAT FARM telah memulakan operasinya pada tahun 1990 di Kangkar Tebrau, Johor Bahru. Bermula sebagai hobi di masa lapang, Osman Bin Cheya Kutty telah bermula dengan 2 ekor kambing kampung diternak di tanah belakang kediamannya. Namun gesaan kerajaan untuk membangunkan satu kampung satu sektor pertanian/penternakan ketika itu telah menimbulkan minat yang mendalam untuk menjadi penternak kambing sepenuh masa.
![](images/favicon.png)
Produk
Menjual pelbagai jenis daging kambing, susu dan juga produk yang berkaitan dengan penternkan kambing.
![Image](images/favicon.png)
Ladang Kambing Osman
Mengapa Kita Berbeza
![](assets/img/over-30-years.png)
Lebih 30 tahun
Kami mula beroperasi dari 1990 dan berpengalaman dalam bidang penternakan kambing, kambing ternusu dan baka.
![](assets/img/recognized-abattoir.png)
Rumah Penyembelihan yang diiktiraf.
Rumah penyembelihan kami diiktiraf oleh Jabatan Veterinar Malaysia. Kami juga dipantau oleh organisasi Meat & Livestock Australia (MLA) yang menjaga kebajikan ternakan. Kami juga mempunyai penyembelih yang bertauliah.
![](assets/img/good-quality-livestock.png)
Ternakan yang berkualiti baik
Pemeriksaan secara berkala dari pihak JPV dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan) untuk memastikan semua ternakan di OGF adalah sihat dan bebas dari sebarang penyakit yang berjangkit.
![](assets/img/fast-and-easy.png)
Pantas & Mudah
Proses tempahan, penyembelihan, melapah dan pemotongan daging yang pantas & mudah.
![](assets/img/import-license.png)
Lesen import ternakan
Mempunyai lesen sah dari pihak JPV untuk mengimport ternakan masuk ke Malaysia.
![](assets/img/customer-friendly-environment.png)
Persekitaran yang mesra pelanggan
Ladang yang bersih dan selesa sesuai untuk dikunjungi oleh semua peringkat umur.