Qurban Di Osman Goat Farm

Qurban Di Osman Goat Farm

Kami berpengalaman melaksanakan ibadah qurban selama lebih 30 tahun. Kambing dan biri-biri kami menepati syarat qurban.

Tempahan dibuka seawal 2 minggu sebelum 10 Zulhijjah tahun tersebut. Tempahan adalah secara walk-in sahaja dan pembeli / wakil harus datang untuk memilih kambing untuk diqurbankan. Pembeli / wakil juga harus hadir sewaktu proses qurban dijalankan. Pihak kami boleh membantu jika memerlukan bantuan untuk mengagihkan daging kepada golongan asnaf.

*Hanya seorang wakil bagi seekor kambing dibenarkan masuk ke dalam kawasan ladang Osman Goat Farm pada hari ibadah qurban dijalankan.

Kepada pelanggan yang tidak dapat datang untuk memilih serta mengambil daging pada hari tersebut, pihak kami menyediakan perkhidmatan untuk menguruskan penyembelihan dan mengagihkan daging tersebut kepada golongan asnaf, boleh berhubung dengan pihak kami melalui whatsapp.

Pengertian Qurban

Ibadah qurban amat digalakkan didalam Islam. Ibadah ini mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail A.S. sebagai korban akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Sebelum melaksanakannya, kita haruslah memahami dan mengetahui tujuan ibadah tersebut. Ibadah qurban adalah sunat muakkad yang amat digalakkan bagi orang-orang yang menepati syarat-syarat berkorban.

“Sesungguhnya kami telah memberikan kurnia sangat banyak kepadamu maka solat lah kepada tuhanmu dan sembelih lah korban”

-Surah Al-Kauthar (ayat 1-2)

HIKMAH QURBAN
  • Untuk melahirkan sikap memperhambakan diri kepada Allah S.W.T
  • Penyembelihan binatang qurban itu sebagai tanda bersyukur atas nikmat Allah.
  • Untuk mendapatkan berbagai-bagai faedah dan manfaat dari segi rohani, akhlak dan sosial
  • Setiap ujian perlu ada kesabaran mereka yang berjaya mempertahankan imannya akan diberikan ganjaran yang besar dan mereka di angkat sebagai orang muhsinin iaitu yang baik-baik.
  • Melatih dan membentuk kaum muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah.
  • Menolong golongan fakir dan golongan berhajat serta menggembirakan satu sama lain.

WAKTU MENUNAIKAN IBADAH QURBAN
  • Hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  • Bermula terbit matahari selepas solat sunat Aidiladha sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

CIRI-CIRI HAIWAN LAYAK DI QURBAN
  • Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  • Biri-biri dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  • Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  • Unta: melebihi lima tahun

PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN
  • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya.
  • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
  • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.